My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Monday, April 30, 2012

Qalbu..Hati..Pesanan Rasullah


ASSALAMMUALAIKUM SAHABAT SAHABAT MBI SEMOGA DI RAHMATI ALLAH:

Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia,
... nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah
seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).
(Riwayat Bukhari).

Isyarat Hati dalam Firman Allah Ta’ala dan hadis Nabi diatas memadai bagi menunjukkan secara mutlak kedudukan hati dalam seluruh kejadian manusia! Dan tempat jatuhnya pandangan dan penilaian Allah Ta’ala atas hamba2Nya. Dan kesudahan baik buruk manusia apabila dipanggil menghadapNya di Yaumul Mahsyar.!

Kerana….
Didalamnya Rahsia Ilahiyyah - Ruh yang dijadikan oleh Allah Ta’ala dari Nur Muhammad.

Kerana…..
Didalam rongga hati itu diletakkan nur Iman!

Kerana….
Didalam rongga ini juga pertembungan dan pertempuran diantara cahaya dan kegelapan ; cahaya yang diterbitkan oleh Iman sementara kegelapan yang diwujudkan oleh Nafsu dan tentera2 syaitan.

Kerana…..
Hati menjadi pusat terbitnya segala niat, perbuatan, perkataan, tingkah laku, dan emosi.

Maka tepatlah kata Rasul itu; apabila hati itu baik, iaitu hati yang suci bersih dan telah menurut petunjuk Iman dan penuh taqwanya lepada Allah maka selamatlah dia didunia dan akhirat.

Sebab itu…..
Hati itu mesti ditawan dahulu….
Hati mesti dikuasai dengan zikrullah
Hati mesti dihidupkan dengan ingatan terus menerus kepada Allah Ta’ala

Sesipa yang menguasai istana hati ini, iaitu menjadikan ia bercahaya dengan zikrullah dan terus menerus dalam keadaan demikian, nescaya Allah Ta’ala akan datangkan pertolonganNya dengan menurunkan cahaya Asma’ dan SifatNya kedalam hati insan ini. Sehingga bertempiaran lari segala syaitan dan Iblis, dan matilah segala nafsu syahwat yang jahat, bertukar menjadi nafsu yang baik2 sahaja. Dan bersinar pula seluruh hati, aqal dan ruhnya sehingga terbuka ‘alam alwiyyah memandang kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Tidak ada kekuatan, tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi dari kekuasaan Allah Ta’ala. Maka orang yang hatinya telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Ta’ala tiada suatu pun dapat memasukinya. Tidak ada gangguan insan, atau gangguan ruh jahat dapat menghampirinya apalagi memasukinya.

Sunday, April 22, 2012

Sedikit Tentang Ustaz Don

FotoBeliau baru berusia 28 tahun. Beliau juga terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.Di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekarangan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert.

Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkembangan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu.

“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,  Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Ustaz Don enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.


“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.
“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu pengkaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal..


Zaman kanak-kanak

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah.


TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.

p/s: Semoga Ustaz Don sentiasa diberi kekuatan dari Allah dalam menyebarkan dakwah beliau ..Begitu tertarik dengan perwatakan dan sifat mulia yg ada padanya..SubhanaAllah

Friday, April 20, 2012

Memanja Kan Diri Di SPA

Bestnyaa dpt memanjakan diri di spa..dah lama rasanya aku xmemanjakan diri..dulu sebelum kawen rajin laa jgk aku  p spa..lps kawen wat spa kat rumah jer laa.beli scrub & tempik kat badan sendiri jer..kdg2 jadual padat sgt...nie i nak story.. mulanya kawen aku laa baya..tgok2 this web http://www.milkadeal.com tgok ada promotion dari Anggerik Spa..

RM24 instead of RM380 for 1-hr Full Body Swedish Massage + Lavender Therapy Face Massage with Icy Cold Spa Ball + 1-hr Aromatherapy Facial + Rose Pillow Eye Mask + Lemon Rose Foot Detox at Anggerik Spa & Beauty, Bayan Baru [94% OFF]

mmg berbaloi2 sgt..mmg best...dan aku pun mengajak laa kawan2 ku serta mak utk pergi..dan aku sudah berjaya habiskan 2 coupun tu..mmg relaxing sgt.. facial bg aku ok..ok jaa laa.yg menarik ttg facial nie ialah face massage with icy cold spa ball..mmg syiokk..1st experience..this function utk bg firm muka & relax otot2 dimuka.apa pun masa urut tu mmg best sgt..sampai aku lena laa..dan paling best bila letak Rose Pillow Eye Mask kat mata bila lepas urut..btoi2 syiok & release stress sgt..dan last sekali rendaman kaki with lemon rose foot detox.





dan baru2 nie aku telah merembat 4 keping lagi coupon dari milk adeal, Anggerik spa jgk..tp kali nie lagi murah RM19 jer..heheheehehe..best2..

MaMA yg Teruja..

Selalunya waktu mkn mlm laa kami akan mkn mlm sama2..klu malas nak masak tu beli jaa..tp klu nak sedap lagi..kena masak laa..tp i notice that hadif suka mkn bila makanan tu aku yg masak..hehehe..air tangan mama..mesti laa semua anak suka kan..bila mama masak, abah laa kena jaga hadif..biasala kan..hadif suka menyibukan diri dia bila mama masak kat dapur..dia pun nak tolong masak..ada 1 hari aku terleka..lepas masak letak lauk kat sebelah..tiba2 hadif datang tanpa disedari, terus capai pinggan tu..nasib baik pakai baju..klu tak abis badan hadif..dah lauk tu baru masak, kena sikit jer kat tgn..tp Alhamdulilah..cuma merah cikit jaa...apa lagi..mama kena marah dgn abah laa...hrmmmm....skrg nie mama dah ambil langkah keselamatan.. dah sekat hadif dari mai dapur..dapat tgok dari luar jer..hehehehehe...
Sebenarnya aku nak cerita teruja nyaa aku bila kelmarin dulu, masa nak mkn...asben aku akan baca doa mkn..pas2 hadif akan agkat tgn dan ameen kan jer..tiba semlm dia angkat kedua2 tgn dan terbuka besar lagi utk baca doa..mgkin biasa bg org len..tp bila anak kita yg wat sendiri mcm tu..mesti ada perasaan teruja sbg seorang ibu...hrrmmm..makin besar & cepat belajar dia skrg..perhati, tgok & buat..Makna kata " abah & mama kena tunjuk contoh yg baik utk anak2" semuanya bermula dari rumah..dan hadif juga bg mama teruja apabila dia sayang "kiss" Ustaz Don di TV..hehehe..hadif ambil berkat kot.. 

Friday, April 13, 2012

demi MATAHARI

Lagu ini penuh dgn lirik2 yg bermakna & dipetik di dalam Al-Quran .. Membuatkan aku lebih mengenali Sang Pencinta alam ini yg penuh Kekuasan & Keagungan... 1st dengar lagu nie masa aku p ESQ (bergetar rasa hati aku bila dengar lagu nie.. dan Alhamdulilah..Allah telah membuka pintu hati aku supaya lebih mengenali Dia Yg Maha Esa melalui kursus ESQ nie..semoga kita semua juga diberi hidayah & petunjuk dariNya ke jalan yg benar & direhdai.  Mmg best kursus ESQ nie..nanti aku akan ceritakan pengalaman aku mengikuti kursus ESQ ni.. jom hayati lirik lagu ini dengan mata hati kita.."sesungguhnya bukan mata kepala mereka yg buta..tetapi mata hati mereka yg buta.."




Demi Matahari

Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy)
Music Arr. : Ari Wibowo
Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan

Tuesday, April 10, 2012

Hadif Day 1

Sebenarnya aku dah xdak mood nak buat assignment nie..tp xsedar2 lagi yg xada extention utk submit assignment dah sbb nie final assignment utk sem nie..xper..InsyaAllah..lps tulis nie mesti mood mai balik..nak cite ttg my little cuties son..Muhammad Hadif Altamis bin Hilridzuan.  Nama yg telah diberi dan dipilih sendiri oleh abahnya, Hilridzuan..masa dlm perut lagi dah paggil2 nama dia..Alhamdulilah, mama pun suka dgn nama tu..nama yg penuh makna tersirat & hasrat kami berdua kepadaNya ..MUHAMMAD = Nabi Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, banyak kelebihan yg diceritakan dalam hadis-hadis, kelebihan menamakan anak lelaki dengan nama Muhammad @ Ahmad, HADIF = yang mempunyai matlamat & ALTAMIS = Panglima..InsyaAllah..semoga nama yg dipilih akan memberi keberkatan kepada hadif.  lepas jaa bersalin aku di bawa masuk terus ke wad..bilik keluar jaa dari labour room tu..aku nmpak semua family & sahabat aku ada kt luar dok tugu..lama jgk laa diorg tunggu..aku bersalin pukul 4.57pm..dekat lepas magrib baru nurse tolak p wad..badan masih rasa lemah lagi..aku rasa lali @ pening2 lalat sebab mgkin kesan dari ubat tahan sakit..depa semua dapat kot tgok hadif masa tu..entah laa aku pun xbrp sure..tp adik aku Hadi ade laa buh gambar hadif dlm fb..hrrrmmm..tp kesian diorg xleh pegang hadif..cuma leh tgok dari cermin nursery tu jer..hanya ibu jer leh jumpa baby..Aku rasa masa tu org yg paling seronok asben aku laa..mmg nmpak sgt dari muka dia..betapa lega & happynya dia..




lepas sejam diorg duduk kat dlm wad..semua kena halau balik dah...sbb mmg dah lewat pun..aku pun kena berehat..tiba2 aku rasa lapar giler.yer laa..baru aku ingat sbb lepas bersalin tadi..aku termuntah tepi katil..abis semua dah keluar..sbb tu lapar sgt kot..tp bknye leh mkn sesuka hati ..kena laa mkn makanan org dlm pantang..jadi mak aku balik masakan utk aku & asben aku antar semula mak utk jaga aku waktu mlm..nasib baik ada mak leh tolong jagakan..asben aku xleh jaga sbb suami xdibenarkan utk jaga isteri waktu mlm sbb kat situ wad terbuka..waktu siang boleh ler..


Bila semua dah balik..aku dpt laa rehat dlm sejam..pas2 nurse pagil..mummy bangun yer..kena susukan baby ok..boleh pergi nursery skrg..aku pun dlm keadaan mamun & fening2 lalat pun bangun laa..tiba2 aku mcm nak jatuh..xberapa kuat lagi...jadi nurse laa kena tolak aku ke nursery..masuk dlm nursery tu kena tekan button dan digalakan utk menukar kasut yg tlh disediakan & dikehendaki mencuci tgn sebersihnya supaya jangkitan kuman tidak merebak.


Bila masuk jer dlm labour room tu..aku jadi teruja..sbb tgok ramainyaaaa baby..semua cute mute laa sgt..ada mcm2 rupa..Ya Allah..rasa perasaan yg bahagia & tak tahu mcm ner aku nak ungkapkan masa tu..aku pun tercari2 laa putera ku..mana satu ..semua nak nampak sama jer semua..nasib baik ada tag kat bed dia n tgn..klu tak mmg susah nak cari..hehehehe..

Dalam nursery tu disediakan bilik utk BF..aku pun sebenarnya tak tahu apa nak buat..sbb biasa laa kali pertama..jadi nurse kat situ tolong ajarka aku cam ner cara nak bg BF..tp diorg mmg utamakan hygiene.. sebelum bg BF..nurse tu ajarkan aku cara nak bersihkan puting sebelum bg bby hisap..aku pun masa tu xada perasaan malu dah..hihihi..pas2 dia ajarkan cam ner cara nak masukan ke mulut baby..abis tu dia tinggalkan aku & hadif..masa tu ada laa mummy2 lain..tp masing2 sibuk susukan bby masing2.Buat pertama kali hadif dlm pangkuan aku..Ya Allah..terima kasih Ya Allah..kau kurniakan aku seorang anak lelaki yg cukup semua sifatnya & sgt comel..Alhamdulilah..mmg xtahu mcm ner nak gambarkan perasaan bahagia & syukur kpd Allah...


mmg selesa sgt dlm bilik BF tu ..kerusi yg disediakan mmg sesuai utk duduk siap ada pelampung lagi..yer laa kan..nak bg BF lama kan..susu jenuh laa mummy nak duduk lama2..nti lain pulak jadinya..dah ler baru lepas jahit..kena hati2..jalan & langkah pun kena perlahan2..tp kan mmg sedeyy sgt..Muhammad Hadif Altamis asyik tidur jaa..bila masukkan mulut dia..dia asyik nak lena jer..xnak lansung hisap..tp aku kejutkan jgk dia...tp nmpak sgt hadif xpandai nak hisap..tp aku xberputus asa..ada la dekat 3 jam aku duduk kat situ nak kasi dia..tp cuma sikit jaa..dan aku rasa susu aku xkeluar sgt pun..hrmmm..aku pun keluar laa dari bilik tu & pergi jumpa nurse..nurse tu ckp..xper..awak jgn risau..biasa laa mula2 mmg mcm tu..awak balik rehat kat wad dulu ..lagi 3 jam awak datang balik..bila aku balik jer kat bilik mak dah sampai dgn makanan..nasi panas2 + ikan masin masak asam& lada..hrmm..mmg selera laa masa tu sbb dah lapar sgt2..mgkin sbb lapar jgk kot sbb tu susu tak nak keluar ( think positive)..Selepas 3 jam aku dah rasa kuat sikit, aku berjalan perlahan2 jgk pergi nursery..tak ler jauh sgt..tp dlm keadaan yg xberapa ok ..mmg rasa jauh sgt..masa tu dlm kul 2am kot..masa jalan tu rasa lain sgt..yer laa sebelum nie jalan rasa mcm berat jer..tp bila dah lepas bersalin..rasa ringan sgt badan pas2 leh rasa mcm ari2 (tempat peranakan) mcm jatuh jer..aku taya mak kenapa rasa mcm tu..mak ckp biasalaa..baru lepas bersalin mmg rasa cam tu..nanti dah urut ok ler tu..



Hadif mama datang nak bagi susu..jom kita minum..aku dgn semangat yg berkobar2 nak bg hadif minum susu..tp dia tetap nak tidur jgk..bila sumbat dalam mulut dia..dia xada riaksi nak hisap ker..nak minum ker..hrmmm..mama hampa lagi..tp still think positive..nurse tu ckp..mummy jgn tension2 yer..klu tension pun boleh effect susu xnak keluar..aku pun usaha tenangkan diri dan main2 dgn hadif..walaupun dia asyik tidur jaa..aku buka selimut dia..aku belek satu persatu jari..badan, muka, mata hidung..semua laa.. nak siap tangkap gambar lagi...kulit hadif masa tu masih warna pink2 & lembut sgt..geram aku..nak gomoii kuat2 takut  dia sakitkan dia pulak..hadif tetap layan tidur dia..dan mama pasrah lagi sbb xdpt bg hadif susu..setiap kali cuba..hadif mcm tu jgk..nurse ckp klu hadif xnak minum jgk..diorg terpaksa bg glucose dulu..sbb aku mmg sebolehnya nak susukan hadif..xnak kasi susu formula.. tp nurse terpaksa kasi jgk takut hadif lapar..tp apa pun terpulang kpd parent laa utk decide nak BF lagi @ bg susu formula..sedeynyaa mama masa tu..rasa terkilan sgt tak dpt bg susu..tp mama xputus asa jgk..mama try jgk lepas 3 jam..tp keputusanyaa sama jgk..akhirnya nurse soh aku bg jgk susu formula sbb kesian kat baby nanti ..jadi aku fon la asben soh beli susu dlm keadaan yg sedey..tp dia ckp..xper laa nak buat cam ner..dan xada susu..bagi jer laa susu formula..aku pun mengiya jaa..walupun aku xsetuju..


Inilah susu yg abah belikan utk hadif...pilihan dari abah sendiri..mama xcadangkan pun..tp walau dah bg susu formula tp setiap 3 jam aku akan pergi juga ke nursery utk bg jgk hadif BF.. tp kat sana kalu baby dah diberi susu formula, mummy xpyh dtg ke nursery dan boleh berehat..tp mana boleh tak tgok baby..klu aku xlarat pun..aku soh asben aku tolak pergi tgok hadif..dah rasa jadi tanggungjawab aku utk bg dia minum susu..secara automatic perasaan tu mai..mmg akan jadi cam tu bila kita dah jadi seorang mama kan.  Itu laa kisahnya pada hari pertama..tunggu yer utk hari kedua dan seterusnya..mmg lagi menarik & mencabar lagi pengalaman kami menjadi abah,& mama....

Monday, April 9, 2012

Telaga Kausar..

Tertarik dgn lirik dari kumpulan nasyid Raihan "sesungguhnya" yg ada sebut tentang telaga kausar..apa tu telaga kausar..jom cite pasal telaga kausar.. indah cerita ini..kalu dengar terus dari telinga.. tapi kalu melalui pembacaan ni ..ada yang tidak lengkap...insyAllah..aku cuba yang terbaik untuk kawan2 aku semua faham ttg cerita ini....



Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

A002
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

A003
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


sungguh indah surah al-qausar ini...ada sesetengah mengatakan ini adalah surah khas untuk Rasulullah s.a.w..dan ada yang mengatakan surah ini mengenai telaga kausar? emm...waallahhualam... tetapi surah ini sungguh indah..bait2nya hanya di tujukan oleh Rasulullah s.a.w..dan... aku tertaraik pada ayat yang terakhir..

"Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). "

adakah ini bersamaan dengan maksud syafaat???"
wallahhualam... hanya Allah dan RasulNya mengetahui lebih tepat maksud disebalik ayat ini...

enteri aku kali ini adalah mengenai telaga kausar yakni syafaat kedua daripada Rasulullah s.a.w selepas syafaat pertama iaitu dipercepatkan hitungan amalan.

ok..aku nak cerita sedikit apa yang berlaku di padan masyhar...mengenai suasana ketika dihisab.. pekara pertama yang dihisab solat (tak sempurna solat , tiada kompromi).. hukum pertama yang akan di hisab ialah mengenai pertumpahan darah .

dalam orang duk kalut di hisab ada 7 golongan yang terselamat dalam panas terik mentari mendapat lindungan dari arays Allah iaitu..

1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


(adakah kita dalam golongan ini)

dan yang lain yang masih menuggu untuk dihisab sibuk mencari syafaat daripada nabi2..daripada adam hinggalah ke pada junjungan besar iaitu Rasulullah s.a.w nabi di awal dan akhir kekasih Allah.


syafaat pertama sudah diberi kepada semua umatnya...dan syafat kedua adalah telaga kausar...


(sekadar gambar ilusterasi sahaja)

ciri2 telaga kausar..
1)berbentuk segi empat tepat..
ada sesetegah pendapat mengatakan bahawa setiap penjuru di jga oleh 4 khulafa arrasyidin iaitu abu bakar assiddiq r.a, umar alkhatab r.a, uthman bin affan r.a dan ali bin abu talib r.a.
2)airnya nya mengalir diatas permata dan yakut. airnya putih lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu serta lebih sejuk daripada embun. jika seseorang itu minum pasti tidak akan haus selam-lamanya.
3)telaga kausar ini airnya berasala daripada syurga. aliran asalnya daripada syurga.

satu hadis..

ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.aw mengantuk dan terlelap seketika. selepas itu dia bagun dan tersenyum.
seorang sahabat bertanya.
"ya Rasulullah s.a.w mengapa engkau tersenyum"
"turun kepadaku satu surah iaitu surah al kausar"
"adakah kalian tahu apa itu kausar"
"hanya Allah dan Rasulullah s.a.w sahaja mengetahui"
"kausar adalah sebuah telaga, barang sesiapa yang meneguk sekali dari air telaga kausar maka tidak akan dahaga selama-lamanya"

adakah korang semua tidak mahu menjadi tetamu nabi di telaga kausar? hahahhaha...ada manusia yang tidak akan menjadi tetamu nabi di telaga kausar..nak tahu siapa???

sebelum itu...aku nak kasi tahu kat korang satu lagi hadis...

umat aku akan rosak dengan dua perkara iaitu kemewahan dan kejahilan

kenapa dengan kemewahan dan kejahilan..sebab dua perkara inilah ada segolongan diantara kita tidak akan menjadi tetamu Rasulullah s.a.w di padang mashyar....ingat!!!

ketika manusia sedang sibuk berebut2 mengambil air di telaga kausar walaupun bekas2 di situ mmg cukup untuk semua ada pendapat mengatakan bekas2 di telaga kausar umpama bintang2 bertaburan tetapi disebabkan kerakusan mesti ada yang berebut dan tiba2 sedang ada yang beratur mengambil air di telaga kausar datang malaikat dan menarik umat Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w bertanya kepada malaikai itu..
"wahai malaikat mengapa engkau menghalang umatku daripada menerima nikmat ini?"
"sesungguhnya manusia ini telah menyeleweng ajaran mu selepas kewafatanmu."

macam mana diorang boleh seleweng? disebabkan oleh kemewahan dan kejahilanlah..dengan kemewahan manusia boleh membuat fatwa untuk menghalalkan yang haram...dan tgok...dah seleweng daripada ajaran Rasulullah s.a.w... sebb bodoh pun manusia boleh seleweng ajaran Rasulullah s.a.w.... beringatlah wahai manusia.....

jom jadi tetamu Rasulullah s.a.w dengan mengamal segala ajaran dan sunahnya..mengamalkan alquran dan sunahnya...insyAllah peroleh kejayaan....
tak rugi pun.. malah mendapat kejayaan...

doa iftitah:

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.
Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana
minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin.
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan

demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).



ayat di atas di tuju khas oleh Rasulullah s.aw...

maksud ayat ini adalah Muhammad adalah muslim yang pertama sebelum nabi adam lagi... 
wallahualm...


P/s: jika ada sebarang kesalahan ..sama ada hadis atau fakta didalam coretan ini..mohon tegur!! jom sama2 lakukan perubahan sedikit demi sedikit..insyaallah..semua manusia xkan lari dari melakukan dosa & kesalahan =)                                                                          


 "Sesungguhnya"  by Raihan  




Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Saturday, April 7, 2012

dah nama PEREMPUAN

dah nama pun perempuan...hrrrmmmm.. kerja rumah dan perempuan mmg xdpt dipisahkan.heran betul aku dari pagi wat kerja sampai skrg xabis2 kerja lagi..fuhhhh... pagi tadi lepas subuh aku bangun buat kerja, pastu hantar my dear mum g bus stop..dia pergi honeymoon..hihihi..then pergi market..balik terus wat kerja..xsempat buka tudung lagi..budak kecik tu dah lapar nak mkn..pas2 buat cucur bagi hadif mkn..abah dia smlm kerja overtime..jaga kampung..hehehe..jadi lambat laa bangun..

pas2 tidurkan dia..then sambung kerja balik..masa hadif tidur nie laa sesuai utk masak..mula laa siapkan bahan2 utk masak..masak awal2 siap senang.. nanti bangun budak bertuah tu..dia pun sibuk nak tolong masak..menu ari nie..daging masak stew

..1st time buat..asben ckp sedap..hehehe..dan telur dadar..sambil masak..aku dah siap cuci semua baju..  ada laa dlm 4 round cuci..normal la bg aku sbb aku selalu cuci utk 1 minggu jer..

tiba2 dgar suara hadif..alamakkk dia dah bangun..xsempat nak jemur baju lagi.. aku mmg suka tgok muka hadif bila dia bangun ..chumeellss sgt..

layan dia sambil tgok gambar elly & epit @ astro ceria.mmg fav dia ..so bila dia dah terpegun dgn rancangan tu..aku pun buat laa semula kerja aku..kemas dapur..abis jaa kemas aku pergi laa tgok dia..rupanya...dia tolong tambah kerja lagi utk mama dia ..abis dia keluarkan baju yg aku dah basuh dalam baldi kat lantaiiii..aku apa lagiiiii..Hadifffffffffffffffff..arggghhhhhh..siap dia masuk dlm baldi tu lagi nak main...skrg nie dia makin pandai..tp dia sebiji serupa mcm abah dia ..klu mama marah pun..mmg xada perasaan..dia wat xtaw jaa..siap layan tv lagi...jadi mama laa kena kutip semua balik baju tu..kesian kat mama kan..masa nie mama termimpi2 utk ada anak perempuan yg leh tolong mama wat kerja..

tp teringat aku masa aku kecil2 dulu..mak aku pun kerja..jadi kami 3 beradik ada jadual utk buat kerja rumah..mak aku siap buat dan lekat lagii.bila dia balik rumah semua dah kemas..tp biasalaa kan aku kakak selalu laa kena wat kerja lebih dari adik2..tp adik2 buat jgk..xkira ler..laki ker perempaun ker..mak aku soh jgk wat kerja..dan hasilnya adik aku yg lelaki mmg teror sgt laa wat kerja rumah.. senang bini dia..heheheehe..tp aku mmg akan train hadif wat kerja rumah(wlupun abah dia ckp yg tu kerja perempuan) ..xkira laa..anak laki ker perempuan semua kena belajar buat..bknya apa..saja jaa nak story yg perempuan nie mmg SUPER laaa..tp aku ada laa jgk mengeluh kdg2 tu..mestlaa kan..sapa2 pun mcm tu laa jgk..kerja..pas2 hal urus rumah tgga pas2 urus baby besar(asben) & baby kecil (hadif), study ..mana xpenat kan..tp alhamdulilah..bila aku p satu training tu aku mulai sedar..bila kita lakukan apa shj pun , ingat lah yg kita  lakukan demi Allah S.W.T.  sejak itu laa..aku mulai sedar dan anggap semua tugasan ini sebagai amanah dan tggjwb dari Allah..mmg rasa tenang lps fikir semua mcm tu..wlupun berserabut kepala otak nie dan penat mcm ner pun aku..Alhamdulilah..dpt dikawal lagi..tp kdg2 terlepas sasaran jgk..tp cepat2 ingat balik..InsyaAllah semua akan jadi mudah