My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Monday, May 28, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA : GENTING HIGHLANDS


Inilah kira macam percutian rasmi buat kali pertama untuk Muhammad Hadif Altamis.  Mula-mula rancang nak pergi Cameron Highlands.. Tapi memandangkan si budak kecik nie semakin aktif & suka bermain.  Jadi me & husband tukar plan pergi ke Genting Highlands.  Mula takut jugak nak bawak hadif jalan jauh2.  Kan si hadif nie special edition sikit..Tapi Alhamdulillah.. percutian yang amat bermakna & hadif pun tak buat banya kerenah.




Me & husband pilih mengikuti tour pakage dari drive sendiri. Banyak manfaatnya.  boleh relax.. orang drive utk kita.. leh tidur.. sedar2 dah sampai ke puncak..hehehe.. lagi pun kan.. kat genting tu bknya leh ronda2 nek keta.. semua kemudahan ada kat atas tu jer..jalan kaki jer..tak payah naik kereta pun. Tapi utk mereka yang otw pergi Genting tu nak singgah KL ke mmg ok laa drive.. Pakage pergi Genting sekarang dah naik harga sedikit - 2 hari 1 malam (termasuk hotel & transport pergi dan balik ) RM 99.00 seorang.  dulu masa pergi baru RM 69.00 tapi termasuk dgn breakfast.  tapi sekarang nie dah tak ada breakfast disediakan.  Jadi kami memilih utk ambik Pakage 3hari 2 mlm.  harga yang sama utk 2 hari 1 malam, tetapi cuma tambah RM 100 jer utk 1 mlm lagi..  total pakage cuma RM 298 jer..hadif xperlu bayar lagi..FOC..murah jer kan..hehehe..mmg menjimatkan..






berdua lebih baik..tapi bertiga lagi happeningg..huhuhu..trust me !!!


Window shopping kat Kedai Nike..tiba2 hadif nmpak kwn baik dia..BALL..peluk sampai tak nak lepas..abah nak belikan..tp mama tak kasi..hehehehe

Masa dok tunggu nak checked-in tu, kami juga dihiburkan dgn  clown..ini laa belon pertama yg diberi..pas2 kejap jaa dlm 2 minit dah pecah..hadif pi guna pedang nie sapu lantai..hehehe

Nie belon yg ke-2..pistol..bertahan lama laa jgk

Ini laa badut dari First World Hotel 
Kami pilih bertolak awal pagi dari pada bertolak waktu mlm.. rasa susah sikit kot kalau bertolak malam.  naik bas kul 8am sampai di genting dalam kul 1.30pm cam tu.. Alhamdulillah.hadif takbanyak kerenah duk dalam bas.. tidur jer kerja dia..dia bkn leh kena air-cond..mula mata nak shyuurr, pas2 mula nak tidur jer..


Sampai jer Genting.. hadif mula teruja & ternganga..hahahaha..lawak laa hadif..sebenarnya mama pun teruja jugak ..hehehe.. Haaaa.. bab nak check-in nie laa yg menguji tahab kesabaran.  sbb mmg kena tunggu lama laa jgk .. nasib baik pilih naik bas pagi..kalau pilih naik bas malam..jenuh jugak laa nak tunggu utk check-in sbb nanti sampai di genting dalam kul 4am cam tu..dalam kul 9 or 10am baru dpt check-in.  tapi Alhamdulilah..kami cuma tunggu 2 jam jer.. simpan bag kat lobby pas2 g ronda2 dan makan.








Lobby First World Hotel yg bertemakan
 CHOCOHOLIC & CANDYLICIOUS

1st day jalan2, mkn2 & ronda2 dulu.. sebab rasa rugi jer main theme park tu sbb dah setengah hari berlalu.. jadi kami rancang utk main esok jer.. beli all-park .. RM 66 utk adult & hadif stilll FOC sbb tak cukup tinggi, hadif baru dalam 70cm jer ..hehehe.. kanak2 yg kurang dari 90cm FOC..Tapi ada jgk 3 permainan indoor sekarng nie kena bayar.. tapi antara 3 permainan nie hadif begitu teruja sampai naik 5x, walaupun minimum ketinggian dia tak cukup sikit jer lagi... haaa.. inilah permainan yg dia naik tu





hrmmmm.. abah dia pun teruja jgk tgok anak dia naik permainan nie..sampai 5 x kuaq duit pun xkisah .  sekali naik permainan nir RM8.00, so RM40.oo laa dihabiskan untuk anak kesayangan dia naik benda nie






 Ini antara permainan2 lain yg sempat kami naik..masa kami pergi tu cuaca mmg ok..tp ada laa kejap2 ujan cikit2..jadi naik jer mana yg sempat...






















dulu benda nie laa yg paling mencabar & takut aku penah hadapi & naik..lepas beranak..rasanya beranak laa paling mencabar..hohohoho..











see..dia berjalan ikut suka dia jaa..tak nak pegang tgn..nie laa akibatnya kalau terlepas dari ikatan..








I'm big boy !!!

Monorail
mama soh hadif bg mkn fish..tp hadif pulak mkn makanan fish..ish..ishh




Sampai terlena..nie kira main sampai puas laa..letih sgt sampai tertidur
 Malam tu turun makan, ronda2 kejap tgok ole-ole atau brg2 yg boleh dibeli..pas2 balik bilik..hadif terus pengsan tak sedarkan diri..penat, seronok dan letih..


Nie fav mama Choc + Strawberry 


Mula2 tak nak..pas2 

dia makan sampai nak abis!!

Naik lagii..tp utk kali yg terakhir yer sayang..nak balik dah hadif !!

Hadif penuh beraksi & semangat ...hohoho





 Habis dah!!!... mmg best..walaupun 3 hari 2 mlm..rasa sat sangat masa berlalu..InsyaAllah..lain kali abah bawak jln2 genting lagi yer!!..tq abah for the fun & enjoy trip!!




Wednesday, May 23, 2012

JANGAN SESEKALI MEREMEHKAN IBU (WANITA). HARGAILAH MEREKA !

Tahukah Anda ?

1. Wanita mengandungkan janin/buah hatinya dalam kandungannya selama +- 9 bulan 10 hari tanpa sedikitpun waktu melepaskannya. Jika dikirakan rata-rata berat kandungannya adalah 1 kg maka selama itu wanita mengandungkan beban seberat (1kg x 30hari x 9bulan) + 10hari = 2.700 kg atau 2,7 Ton!!!. Sesudah melahirkan, wanita masih saja mendukung bayinya, sedangkan seorang suami apabila mendukung anaknya sebentar saja sudah merasa lelah, letih, dan pelbagai alasan yang lain.

2. Setiap hari seorang wanita memasak untuk dirinya dan keluarganya. Jika di dikirakan seorang wanita memasak mulai umur 17 hingga 55 (berarti 38 tahun) dan setiap hari ia memasak untuk 2 orang maka ia memasak sebanyak untuk 2 x 365 x 38 = 27.740 orang.

3. Setiap hari wanita membersihkan rumah/ tempat aktivitinya misalnya menyapu. Misal dikira setiap hari ia membersihkan ruangan/rumah berukuran 4 x 10 = 40 m2 dan ia menyapu sejak usia 15 tahun hingga 45 tahun (bererti 30 tahun) maka ia membersihkan seluas 40 x 365 x 30 = 438,000 m2. atau seluas 105 kali luasnya padang sepakbola.

4. Jika setiap hari seorang wanita mencuci pinggan mangkuk yang dikirakan mempunyai tinggi lebih kurang 20 cm dan mencuci selama 30 tahun maka tingginya mencapai 20 x 365 x 30 = 219.000 cm = 2,190 m atau hampir 5 kali tinggi menara berkembar Petronas. Belum ada bangunan di dunia yang mencapai tinggi 2,190 m.

5. Jika setiap hari seorang wanita mencuci baju dengan dikirakan panjang jemuran 5 meter setiap hari maka selama 30 tahun panjang jemuran akan mencapai = 5 x 365 x 30 = 54.750 m = 54,7 km.

LUAR BIASA... Dahsyatnya kekuatan seorang ibu (wanita). Tentu saja masih banyak lagi kekuatan ibu yang tidak mampu difikirkan oleh kita. Ketika melahirkan kita pun , seorang ibu menggunakan semua dayanya untuk membuat kita muncul di dalam dunia ini, dengan kekuatan antara hidup dan mati.

Pernah mendengar pepatah “Dibalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita hebat di belakangnya”. Pepatah ini ternyata juga benar, seorang ibu (wanita) mempunyai kekuatan tersembunyi untuk melakukan hal itu.

Ada suatu riwayat yang mengutamakan seorang ibu, menunjukkan bagaimana kedudukan ibu (wanita) dalam Islam itu mulia.

--- Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Shahih Muslim No.4621)

MULIAKAN...! HORMATI...! & DO'AKAN SELALU IBUMU...!

Saturday, May 19, 2012

Tips untuk dekat dengan Rasullah (tips 1)

Wanita ibarat cahaya bintang idaman lelaki, tanpanya lelaki akan hidup di dalam kegelapan..

Wanita yang membawa lelaki kebahagian...

Kajian juga membuktikan suami yang mengucupi dahi isterinya setiap pagi akan hidup lebih lama dari mereka yang tidak melakukanya.. 

Sungguh mulia perkerti Nabi Muhammad S.A.W melayani isterinya..Wahai semua kaum lelaki..contohi perkerti mulia Rasullah sebagai sunnahnya..pasti isterimu akan bahagia..InsyaAllah

JOM KITA TONTON 

Layanan Terhadap Isteri cara Rasulullah s.a.w

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru

Rasanya xterlewat lagi untuk aku ucapankan Selamat Hari Guru utk semua guru@ di Malaysia ni.. Jadilaah seorang guru yg ikhlas memberi ilmu kepada anak bangsa tercinta.. dan terima kasih tak terhingga kepada semua cikgu2 dari sekolah tadika, rendah, menengah, kolej & universiti yang pernah mengajar aku & memberi semua ilmu.  Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa cikgu. 

Teringat nak cerita aku masa zaman sekolah menengah dulu..zaman remaja yg tak pernah aku lupakan.. hrmmmm...  aku dulu mmg rajin...hehehehe..rajin ponteng sekolah..khekhe..  nak tahu apa aku buat kalau aku ponteng sekolah.. jeng..jeng. pi buat part time kerja hotel.. sejak aku umur 16 tahun lagi aku dah mula kerja part time di hotel bersama sahabat aku Mashithah..rajin kan kami..baru umur 16 thn dah pandai berdikari.. xmacm sesetengah budak2 zaman skrg.. dah habis sekolah pun ..asyik dok nga2 kat umah.. dok harap duit mak bapak ajee.. hehehe..puji diri sendiri..tapi mmg kenyataan apa.. klu kerja part time tu boleh laa bantu mak bapak kita kan, tak bayak..sikit pun jadi laa kan..

Hotel pertama yang aku kerja Bayview Hotel di Kopitiam sebagai waitress.. masa time tu bila dah belajar pegang duit sendiri, mula laa minat nak kerja dari pergi sekolah..haa..ini adalah kesan buruk nyee..kepada adik2 yg sekolah lagi.. jgn ikut naa.. belajar rajin2 yer..jgn tua2 bangka mcm kakak nie baru nak belajar balik..

Aku mula laa malas nak pergi sekolah & selalu ponteng.. bila mai jaa sekolah..nanti aku terlena dlm kelas & atas meja..hahaha..letih sihhh.. sebab tu laa selalu kena denda dgn cikgu.. pas2 kerja sekolah pulak tak buat.. apa lagi mmg nak kena laa dgn cikgu..

Aku xkan pernah lupa apa yg pernah seorang cikgu nie ckp kat aku.. aku rasa tak payah laa aku mention nama cikgu nie.. dia mmg POPULAR laa jgk kat sekolah aku ni.. antara cikgu yg seriuos & garang jgk laa.. pernah jgk aku kena baling pemadam papan itam tu.. nasib baik tak kena.. aku elak..kalau tak benjoii kepala aku..hihihihi.. Dia pernah kata apa tau kat aku " Eliani, awak tak payah mai sekolah, buang masa, duit mak awak jer datang sekolah. lebih baik awak balik, pergi kaween jaa..xpayah mai sekolah dah." hahahahahhaa..mmg aku xkan pernah lupa ayat nie laa.. lepas jer cikgu tu kuaq dari kelas ..ada laa member aku nie..dan Alhamdulilah..sampai skrg kami masih bersahabat.. Mahdi, dia nie selalu dok usik aku & buh batu api kat cikgu.. dia laa selalu wat aku menangis dlm kelas..selalu dok kata mcm2 kat aku..tp aku dah maafkan dia..hehehehe

Dan kalau leh aku jumpa cikgu tu skrg aku akan ckp, disebabkan kata2 cikgu yang mencabar saya, mungkin saya tak akan terfikir nak pegang segulung ijazah skrg..terima kasih cikgu .. Sebenarnya kita harus hormati cikgu @ guru yang mengajar kita..baru berkat ilmu tu..hrmmm.. sayang cikgu

Monday, May 14, 2012

Bola & Hadif tak dapat dipisahkan

Sebenarnya baru aku teringat naper laa si hadif nie asyik teruja bila nampak bola..xsalah aku sejak umur dia dari 6 atau 7 bulan cam tu dia mmg suka pegang, tengok bola..sampai skrg laa..dia akan teruja bila tengok bola kat mana2 sahaja..kdg2 bola tu ada tempat tersembunyi pun dia boleh nampak..tambah tengok orang main bola kat padang..lagi teruja dia..siap nak join main bola sekali..dia rasa dia dah besar kot leh main dgn diorang sekali..siap bawak bola kat dia lagi..tp dia xheran..nak join main dgn org2 besar dari dia..bola yg diorang main kat padang tu yg dikejarnya..hadif..hadif.tp skrg abah dia ckp dia dah mmg teror dah tendang bola.ok laa utk peringkat umur dia..siap ada wat skill lagi..mahu tak nyaa..kat umah nek bah dia..dia asyik training main bola jaa kerjanya..siap nek bah dia lapangkan rumah untuk hadif main.hehehe..koleksi bola hadif..hrmm entah laa berapa byk..asyik nampak bola jaa abah beli..asyik abah beli bola jer..maw tak bersepah rumah dgn bola hadif..ehh..nak cerita..rupa2 nya baru aku teringat..masa aku preggy dlm 4 bln lebih kot..masa tu world cup 2010..aku nie mmg laa berbeza sekali dgn suami ku..hihihi..aku xsuka pun tengok bola..tp masa couple dgn asben aku dulu baru laa aku layan cikit2 bola..layan cikit2 boleh laa..tgok laa klu ada fav team..leh laa layan..tp entah laa masa tu ..aku pulak yg layan laa bola..kdg2 tu asben aku yg pi belayar entah laa p jepun dah kot dulu..aku siap berjaga tengok bola sampai abis..dasssaatt btoii..semua peragai masa preggy mmg lain bebenor dgn sifat semulajadi aku..semua jadi cam asben aku plak..mmg xdpt dinafikan..Muhammad Hadif Altamis mmg ikut semua citarasa, kegemaran abah dia..hrmmmm..


nie adalah koleksi gambar2 Muhammad Hadif Altamis dgn ballnya..dia yg teruja sgt dgn ball sejak dari kecik lagi..;) mcm pak dia jgk..skrg pun kdg2 dah pandai nganga tgok bola dgn pak dia..;( abis laa mama..xleh buka channel tv lain dah lepas nie..depa 2 org dah buka fav channel depa ..sob..sob..sob







Teruja punya pasal ..sampai baring atas bola..









Tengok BALL tu besar dari Kepala dia ..heheh



Nie koleksi BALL hadif dia rumah nek bah !!


kalau p tesco..ini lah tempat pertama yang akan dikunjungi oleh Muhammad Hadif Altamis..xpyh tujuk jalan..dia dah taw..mana nak cari..hadif..hadif..


Hadif akan teruja bla jumpa BALL

abah dia dah train dahh dia ..hehehe




Nie nak jadi pelapis LCW pulak..huhuhu