My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Tuesday, June 26, 2012

SYURGAKU>>> BIDADARAKU




26/06/2012 genap 3 tahun ikatan suci ini terbina. Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3


Alhamdulilah...syukur sangat kepada Allah di atas setiap yang telah diaturkan dalam hidupku..biarpun pahit, manis, luka , duka, suka semua itu sudah tertulis untukku.. Syukur sangat2..Dialah insan yang tertulis untukku.. Hilridzuan bin Romli.. Dialah suami, sahabat, teman akrab, teman karib, teman gaduh, teman luahan perasaan, teman suka-suki, teman makan & minum, teman tidur sebantal, teman membina badan bersama(kiukuikui) dan dialah Syurgaku.. 


Terima kasih Allah kerana menemukan insan yang sentiasa cool, tenang (berbeza sgt dgn aku yg agak kalut..heheheh) serta begitu memahami diriku seadanya, menerimaku seadanya, ikhlas & jujur memegang amanahnya sebagai seorang suami & juga seorang ayah untuk permata hatiku.







Allhamdulilah..sepanjang tempoh perkahwinan ini, setiap hari kami saling lengkap melengkapi, dan setiap hari pasti ada saja yang perlu kami ketauhi tentang diri masing-masing & ini juga merupakan pelajaran yang harus ditempuh di dalam alam rumah tangga.  Bagi aku perkahwinan adalah salah satu proses pembelajaran..U never stop to learn about your other half, Sometimes its turn to fun, sometimes its not, but like or not, u have to accept it and rehda apa yang sudah tertulis.. Perbaiki kekurangan dan masing-mesing lengkap melengkapi... Nobody is perfect!!!



Doaku, semoga aku dan suami dipanjangkan umur, agar dapat bersama-sama mengisi hari tua, memegang amanah membesarkan anak-anak dan melihat mereka bahagia & berjaya..Insyaallah..;) 







Untuk suami yang amat dicintai –HILRIDZUAN BIN ROMLI, I’ll always love u, always and forever..  Semoga Allah menjadikan kita orang yang soleh dan solehah.. Semoga Allah memudahkan semua urusan kita sekeluarga di dunia + di akhirat.. Ameennn..

Selamat menyambut ulangtahun ke-3 perkahwinan.
Mahu jadi isteri YOU di dunia dan akhirat.

3 tahun bersama, kita telah menjadi TIGA
Dalam KITA, ada ANAK kita & anak-anak kita..;) .



Untuk semua kurniaan ini,

Terima kasih ALLAH



No comments: