My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Friday, August 31, 2012

CErita - Si Arnab & Kura-kura




Di dalam sebuah kampung yang terletak agak jauh dipedalaman tinggal dua ekor binatang yang bersahabat baik. Seekor adalah arnab manakala seekor lagi kura-kura.  Si Arnab ini suka mengejek Si Kura-kura kerana dia berjalan sangat lambat.
Suatu hari ketika Sang Kura-kura sedang berjalan-jalan menuju ke sebuah sungai untuk mencari makanan, tiba-tiba lalu Sang Arnab.
“Hai kura-kura kenapalah engkau ni berjalan lambat sangat. Terhegeh-hegeh. Bila engkau nak sampai ke tempat sana?” Tanya Sang Arnab kepada kura-kura sambil mengejek.
”Wahai Sang Arnab walaupun aku berjalan lambat tetapi sekurang-kurangnya aku akan sampai jugak nanti” jawab Sang Kura-kura tak mahu mengalah.
”Hey Sang Kura-kura, kalau engkau sampai tapi hari dah malam buat apaaaa….. Nak cari makanan pun tak nampak nanti. Engkau tengok aku ni hah…” sahut Sang Arnab sambil berlari-lari dengan pantas disekeliling kura-kura.
”Wah laju sungguh Si Arnab ni berlari” kata Sang Kura-kura didalam hatinya.
”Engkau jangan perkecilkan aku. Kalau engkau rasa hebat sangat, jom kita berlumba hari esok”, Sang Kura-kura mula naik berang sambil mencabar.
”Hahaha…hehehe..engkau nak berlumba lari dengan aku Kura-kura? Engkau dah gila ke? Mana boleh engkau menang? Hahaha….dah mimpi agaknya engkau ni?” sambut Sang Arnab dengan angkuhnya. ”Tapi tak ape…kalau engkau berani sangat esok kita jumpa dekat pokok di sebelah bukit sana pukul 8.00pagi. Kita berlumba, sape dulu sampai ke sungai dekat hujung kampung ni” cadang Sang Arnab.
Besoknya berkumpullah kedua-dua ekor binatang ini sambil diadili oleh seekor kambing jantan.
”Sedia….satu..dua..tigaaaaa…preeeek” begitulah bunyi wisel yang ditiup oleh Sang Kambing.
Maka Sang Arnab pun berlarilah dengan segala kekuatannya sehingga dalam sekelip mata saja kelibatnya sudah tidak kelihatan dari mata Sang Kura-kura. Dalam masa yang sama Sang Kura-kura dengan segala kekuatannya juga mula melangkah satu persatu, sambil diperhatikan oleh Sang Kambing dengan senyuman sinis sambil berkata dalam hatinya ”hai Kura-kura kesian aku tengok engkau ni. Kenapalah engkau nak berlawan dengan Si Arnab tu”
Dipendekkan cerita, selepas beberapa ketika berlari Sang Arnab berasa kepenatan. Menganggap Sang Kura-kura masih jauh dibelakang dan mustahil dapat mendahuluinya maka Sang Arnab buat keputusan untuk berehat disebuah pokok yang rendang. Entah macamana Sang Arnab akhirnya tertidur begitu lama sehingga tanpa disedari Sang Kura-kura mampu mengatasinya dan sampai kegarisan penamat lebih dahulu dari Sang Arnab.

Begitulah kisah dongeng orang Melayu yang menjadi tatapan kita semua ketika kecil dahulu.

Ya, kura -kura terus merangkak, untuk menamatkan perlumbaan. Dia tak fikirkan si Arnab. Yang dia tahu dia mesti menamatkan perlumbaan walaupun pada awalnya dia sudah tahu sudah tentu dia tak boleh menang dalam perlumbaan itu. Tapi, dia tak kisah pun. Dia tak give up. Dia tak bandingkan dirinya dengan kebolehan arnab. Dia terus sahaja merangkak..dan merangkak..walau berpeluh kepenatan sehingga matlamatnya untuk menamatkan perlumbaan itu tercapai. .
bukan setakat kura-kura teruskan gigih merangkak ke garisan penamat. Akan tetapi, kura-kura juga tidak ambil peduli dengan semua kata-kata daripada haiwan-haiwan lain..yang mengatakan 'mustahil! mustahil! mustahil!.. kura-kura dapat menamatkan perlumbaan sekaligus mengalahkan si arnab'.. pada kura-kura, dia hanya mahu berusaha merangkak hingga ke garisan penamat...
Kita hanya berusaha sedaya upaya..hasilnya kita berserah kepada Allah.

Thursday, August 23, 2012

USAH MENCARI YANG “TERLALU SEMPURNA



Jangan terlalu mencari kesempurnaan itu lebih bagus . hebat mana pun kita , hakikatnya kita tak boleh nak sempurna sebab manusia memang tak mungkin jadi sempurna . kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t. siapalah kita nak ada itu ini , kan ? kadang kadang saya kesian tengok manusia sekeliling . tidak kiralah jauh atau dekat . termasuklah saya sendiri . dengan diri sendiri pun saya kesian , inikan pula dengan orang lain . hahaha ~ yelah , setiap hari . saya lihat masing masing berlumba lumba nak itu ini dalam hidup . yang sudah ada duit , nak kumpul duit segunung tinggi lagi . mana yang duit tidak seberapa nak banyak macam saya ni , sibuk sangat nak fikir cara terbaik untuk dapatkan duit . kadang kadang, kalau akal waras hilang entah kemana mana , mesti ada niat dan terfikir nak buat sesuatu yang merepek . asalkan dapat duit . sangat bahaya . semua nak sempurna .

kalau yang sudah dilahirkan cantik pula , setiap hari sibuk nak memastikan muka dan penampilan sempurna . tak boleh ada cacat cela bila nak keluar berjumpa dengan orang . kalau ada yang kurang pada muka atau badan mulalah nak berusaha untuk buat sesuatu. yang penting , semua orang akan puji “awak cantik”. tetap nak sempurna kan ? Ishhhh , sebenarnya kalau tulis contoh memang banyak . susah kan jadi manusia ni ? tak pernah cukup dengan nikmat yang Allah sudah beri pada kita sejak dari kita dalam perut ibu , sampailah saat ini . masih tetap nak yang lebih baik daripada apa yang sudah ada sekarang . setiap hari, otak fikir itu ini . duit , cantik , kawan , kereta , rumah . Ahhhh!! macam macam lah . semuanya tuntutan duniawi .


Tapi , mulai hari ini saya mahu pegang pada kata-kata Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan . ya . mustahil nak sempurna . jadi , bersyukur sahaja dengan apa yang Allah sudah beri dan rezeki yang Allah dah tetapkan pada saya .tidak banyak , tapi masih mencukupi . tidak cantik, tetapi masih sihat tubuh badan dan sempurna akal . syukur sahaja . alhamdulillah :) kesempurnaan tidak boleh kita dapat sampai bila bila . lagi kita cari , lagi kita kejar untuk jadi yang terbaik . memang hati kita tidak akan puas . syaitan pula bertepuk tangan suruh kita kejar hal dunia dan lupakan hal akhirat . jadi , mahu atau tidak . kita sendiri kena kuat . bersyukur dengan nikmat Allah dan insyaAllah akan diberikan rasa “mencukupi” dengan apa yang ada .


Akhirnya saya minta maaf banyak banyak kalau ada yang terkena , saya bukanlah orang yang sempurna tapi berusaha untuk jadi yang sempurna supaya kehidupan saya dan korang semua diberkati Allah . saya bukan yang paling layak untuk menasihati orang lain tapi sekadar berkongsi ilmu .


Dan ini untuk jodoh pula, kadang-kadang kita terlalu mencari kesempurnaan tetapi melepaskan seseorang yang betul-betul berharga untuk diri kita, menghargai serta menyanyangi kita seadanya...Jika kamu memancing ikan… Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga…setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya… Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu…


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh…cukuplah sekadar keperluanmu… Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk kamu menambalnya semula… Akhirnya ia dibuang… Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya… Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu… Mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan… KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya… Lalu kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan… KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Lalu kamu juga yang akan MENYESAL…!!

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
  • Saidul (penghulu) istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
  • menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • menakutkan dengan tempat gelap
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
  • Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur mereka secara negatif
  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
  • Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
  • Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
  • Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
  • Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas
  • Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah
  • Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
  • Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
  • Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Berrtengkar di depan anak-anak
  • Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
  • Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
  • Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
  • Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

TIPS PERKAHWINAN DARI Ustaz Azhar Idrus


Dah lama rasanya xupdate blog nie..diatas kesibukan yang melanda semasa bulan puasa, class pun dah mula..dgn assignment & ilangnya mood nak tulis..nie tiba2 terbaca beberapa tips yg leh dikongsi bersama...jom kita baca!!!!
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan
Amat dialu-alukan untuk SHARE. Bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.