My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Friday, August 31, 2012

CErita - Si Arnab & Kura-kura




Di dalam sebuah kampung yang terletak agak jauh dipedalaman tinggal dua ekor binatang yang bersahabat baik. Seekor adalah arnab manakala seekor lagi kura-kura.  Si Arnab ini suka mengejek Si Kura-kura kerana dia berjalan sangat lambat.
Suatu hari ketika Sang Kura-kura sedang berjalan-jalan menuju ke sebuah sungai untuk mencari makanan, tiba-tiba lalu Sang Arnab.
“Hai kura-kura kenapalah engkau ni berjalan lambat sangat. Terhegeh-hegeh. Bila engkau nak sampai ke tempat sana?” Tanya Sang Arnab kepada kura-kura sambil mengejek.
”Wahai Sang Arnab walaupun aku berjalan lambat tetapi sekurang-kurangnya aku akan sampai jugak nanti” jawab Sang Kura-kura tak mahu mengalah.
”Hey Sang Kura-kura, kalau engkau sampai tapi hari dah malam buat apaaaa….. Nak cari makanan pun tak nampak nanti. Engkau tengok aku ni hah…” sahut Sang Arnab sambil berlari-lari dengan pantas disekeliling kura-kura.
”Wah laju sungguh Si Arnab ni berlari” kata Sang Kura-kura didalam hatinya.
”Engkau jangan perkecilkan aku. Kalau engkau rasa hebat sangat, jom kita berlumba hari esok”, Sang Kura-kura mula naik berang sambil mencabar.
”Hahaha…hehehe..engkau nak berlumba lari dengan aku Kura-kura? Engkau dah gila ke? Mana boleh engkau menang? Hahaha….dah mimpi agaknya engkau ni?” sambut Sang Arnab dengan angkuhnya. ”Tapi tak ape…kalau engkau berani sangat esok kita jumpa dekat pokok di sebelah bukit sana pukul 8.00pagi. Kita berlumba, sape dulu sampai ke sungai dekat hujung kampung ni” cadang Sang Arnab.
Besoknya berkumpullah kedua-dua ekor binatang ini sambil diadili oleh seekor kambing jantan.
”Sedia….satu..dua..tigaaaaa…preeeek” begitulah bunyi wisel yang ditiup oleh Sang Kambing.
Maka Sang Arnab pun berlarilah dengan segala kekuatannya sehingga dalam sekelip mata saja kelibatnya sudah tidak kelihatan dari mata Sang Kura-kura. Dalam masa yang sama Sang Kura-kura dengan segala kekuatannya juga mula melangkah satu persatu, sambil diperhatikan oleh Sang Kambing dengan senyuman sinis sambil berkata dalam hatinya ”hai Kura-kura kesian aku tengok engkau ni. Kenapalah engkau nak berlawan dengan Si Arnab tu”
Dipendekkan cerita, selepas beberapa ketika berlari Sang Arnab berasa kepenatan. Menganggap Sang Kura-kura masih jauh dibelakang dan mustahil dapat mendahuluinya maka Sang Arnab buat keputusan untuk berehat disebuah pokok yang rendang. Entah macamana Sang Arnab akhirnya tertidur begitu lama sehingga tanpa disedari Sang Kura-kura mampu mengatasinya dan sampai kegarisan penamat lebih dahulu dari Sang Arnab.

Begitulah kisah dongeng orang Melayu yang menjadi tatapan kita semua ketika kecil dahulu.

Ya, kura -kura terus merangkak, untuk menamatkan perlumbaan. Dia tak fikirkan si Arnab. Yang dia tahu dia mesti menamatkan perlumbaan walaupun pada awalnya dia sudah tahu sudah tentu dia tak boleh menang dalam perlumbaan itu. Tapi, dia tak kisah pun. Dia tak give up. Dia tak bandingkan dirinya dengan kebolehan arnab. Dia terus sahaja merangkak..dan merangkak..walau berpeluh kepenatan sehingga matlamatnya untuk menamatkan perlumbaan itu tercapai. .
bukan setakat kura-kura teruskan gigih merangkak ke garisan penamat. Akan tetapi, kura-kura juga tidak ambil peduli dengan semua kata-kata daripada haiwan-haiwan lain..yang mengatakan 'mustahil! mustahil! mustahil!.. kura-kura dapat menamatkan perlumbaan sekaligus mengalahkan si arnab'.. pada kura-kura, dia hanya mahu berusaha merangkak hingga ke garisan penamat...
Kita hanya berusaha sedaya upaya..hasilnya kita berserah kepada Allah.

No comments: