My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Sunday, November 11, 2012

Alkisah seorang pakar merungut….




Hasan suka memperbesar-besarkan masalahnya – yang kecil menjadi besar, yang besar menjadi tragedi. Hasan sentiasa merasakan tiada orang yang lebih sengsara daripada dia – bahawa semua masalah orang lain tid
ak serumit apa yang dia hadapi.

Ustaz Ismail adalah seorang yang selalu mendengar rungutan daripada Hasan – apabila Hasan ada perkara yang perlu diadukan, Hasan akan berjumpa dengan Ustaz Ismail.

Ustaz Ismail selalu berpesan pada Hasan usah rumitkan perkara – masalah Hasan juga dialami orang lain, akan tetapi, mereka menghadapinya sebagai ujian Allah.

Hasan kata beliau terasa pahit dengan masalah beliau, dan pasti orang lain tidak merasa kesusahan beliau walaupun masalah sama – dan menyoal mengapa Allah mengujinya lebih berat daripada orang lain.

Apabila keadaan Hasan bertambah kronik, Ustaz Ismail menyuruh Hasan membawa garam ke masjid untuk berjumpanya…

“Ambil segangam garam dan masukkan dalam cawan ini dan minum,” kata Ustaz Ismail kepada Hasan.

Hasan tidak faham mengapa lalu bertanya, “Mengapa?”

“Buat dulu, enta akan faham nanti… ia bakal selesaikan masalah kepada semua masalah enta,” kata Ustaz Ismail.

Hasan pun melarut segangam garam ke dalam cawan kecil dan minum…

“Bagaimana rasa air itu?” tanya Ustaz Ismail.

“Masin sampai pahit,” jawab Hasan… “Apa ini ustaz? Air ini lebih teruk daripada air laut…”

“Sabar… sekarang ambil segangam garam macam tadi dan masukkan dalam tong ini,” kata Ustaz Ismail…

Hasan pun menurut arahan dan melarutkan segengam garam ke dalam tong besar itu.

“Sekarang ambil air dari tong dan minum,” arah Ustaz Ismail.

Hasan pun melakukan seperti yang diarahkan.

“Bagaimana rasanya?”

“Tawar seperti air biasa…” kata Hasan.

“Rasa tak garam itu…?” tanya Ustaz Ismail…

“Tak,” jawab Hasan. Ustaz Ismail mengambil tangan dan meletakkan di belakang bahu Hasan dan bercerita…

“Kesusahan hidup di dunia ini adalah seperti segangam garam – sama banyak, sama kurang. Kesusahan hidup di dunia sentiasa sama. Tapi kepahitan hidup bergantung pada acuan yang kita letak kesusahan hidup kita di dalam. Apabila Hasan merasa susah dan payah, apa yang Hasan boleh buat ialah meluaskan minda pemikiran seperti melarutkan garam di dalam tong tadi. Jika minda Hasan kekal saiznya seperti cawan, akan terasa pahit – jika minda Hasan menjadi tong, air bersama garam yang banyak tadi akan jadi air yang menyegarkan pula… Jangan jadi cawan, jadilah tong besar – kalau boleh larutkan garam itu dalam kolam besar, lagi tak rasa kesusahan itu.”

Hasan mengalirkan air mata. “Ustaz, ana sayang ustaz. Terima kasih Allah kerana mengutuskan ustaz untuk membantu ana. Ana tahu apa nak buat,” Hasan memeluk Ustaz Ismail sebelum beredar… Sejak itu, Hasan bertukar menjadi seorang yang ceria dan setiap masalah bukanlah masalah lagi kepadanya, cuma tugas yang buat sementara waktu ini tiada penyelesaian.

Anda yang membaca dapat memahami apa yang Hasan faham?

Senyum.






No comments: