My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Tuesday, July 17, 2012

Erti Kesabaran



Kata seorang sahabat:
Manusia mempunyai hak untuk menilai seseorang,kita tak mampu untuk menghalang mereka dari membuat sebarang spekulasi..kadang2 orang takkan faham situasi kita,tapi biarlah mereka dengan pandangan mereka kerana kita TAKKAN MAMPU puaskan hati semua pihak serentak
Manusia TIDAK AKAN PERNAH BERPUAS HATI dalam hidupnya walaupun pada kebaikan dan keburukan.
          Setiap kesabaranku dicabar, aku hanya ingat pesan Rasulullah:
Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

 juga pesan suamiku: SABAR, SABAR, SABAR..Pasti ada hikmahnya

            juga pesan ibu kesayanganku: SABAR & Biar org buat kat kita sebaliknya doa yang terbaik.  ALLAH itu ada. 

juga pesan arwah maktok kesayanganku : hidup ini kita jangan ada khianat & iri hati..dan jangan buat naya terhadap org..Insyallah hidup kita akan selamat


kerana pastinya setiap gadis ingin menjadi muslimah/wanita solehah, begitu juga dengan aku walaupun susah (kerana bukan senang nak jadi positif dan lebih banyak negatif yang ada di dunia ini). Dengan kata-kata di atas, aku cuba mempertahan diri dengan sabar.

Pesan ibuku:
Belajarlah menceritakan masalah melalui solat
Kerana bagi aku,
Solat itulah yang mendekatkan kita dengan Maha Pencipta
Apabila solat, aku akan mengalirkan air mata dengan semahu-mahunya. Sungguh hina diri ini pada pandangannya namun pesan juga seorang sahabatku:
Pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia
Sangat terkesan dengan inspired phrase di atas yang sangatku perlukan saat ini. Biarlah hanya Allah yang tahu apa yang cuba aku lakukan.

Off topik:
Aku ingin tanya, pernahkah kalian tersenyum (mampu tersenyum saat diri diuji??). Kadang-kadang masalah yang datang lebih banyak buat kita sedih betul? Tetapi cuba anda senyum ketika masalah itu datang. Pada mulanya aku sukar untuk senyum tetapi aku cuba dan cubaan pertama aku merasakan impak suatu energi positif hadir dari dalaman aku berkata pada diri sendiri:
Allah kan ada? Apa kau nak risaukan? Allah kan Maha Penyayang, Maha Bijaksana. Pergilah kau wahai masalah, aku ada Tuhan. Tiada apa yang aku perlu risaukan. Hanya mengadu pada-Nya, dengan izin-Nya kau akan hilang.
Kemudian aku akan tersenyum. Tidak lama kemudian, aku kembali ceria walaupun beban penuh di hati dengan kerunsingan akan masalahku. Cubalah ;) insyAllah berhasil.
Semoga bermanfaat dan semoga entri ini akan terhindar daripada perkara-perkara negatif. Mudah-mudahan~

No comments: