My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Monday, May 14, 2012

Buatku Di sana





Lirik Buatku Di Sana - Mafa ft. Ronnie OIM - Lagu Tema Seindah Sakura 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah


*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati


Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta



p/s : Lirik yg menyusuk jiwa & hatiku ini...cewahhh..fellinggg..

Sunday, May 13, 2012

BIDADARIKU......




Siti Zahara Md.Haniff, sahabat arkrabku sejak aku dilahirkan..seorang yang periang, happy go lucky, suka merepek, suka buat peribahasa dan ayat atau kamus sendiri, kadang-kadang dia sendiri tak tahu apa yang dia cakapkan, penyayang, penyabar, suka tolong orang lain walaupun dia sendiri di dalam kesusuhan atau lilin yang membakar dirinya sendiri, semangat yang tinggi, dan juga seorang insan yang banyak berkorban untuk diriku..sejak aku dalam kandungan, lahir sehinggalah sekarang aku sendiri telah bergelar seorang mama, insan ini tidak pernah kenal erti putus asa dalam menjalani kehidupan dia sebagai seorang ibu tunggal.  Doa dia yang tidak putus mendoakan kebahagian aku dan sentiasa menyokong dan meredhai atas setiap apa yang aku lakukan dan disebabkan itulah yang menjadikan aku seperti ini sekarang..Alhamdulillah..dan sudah pastinya itu semua terjadi dengan izin Allah.. Allah telah menghantar bidadari yang teristimewa buat aku dalam kehidupan di dunia ini..Amanah yang diterimanya dari Ilahi digengami dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ibu & ayah sejak aku berumur 4 tahun lagi..


Aku cukup bertuah kerana menjadi buah hatinya.. walaupun aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah..mak xpernah biarkan perasaan itu hadir dalam hidup kami..

semua kemahuanku dituruti walaupun dia terpaksa berkorban apa sahaja untuk aku.. lambat atau cepat akan dia penuhi juga..dan dia sanggup untuk berkerja lebih masa untuk memastikan semua keperluan mencukupi untuk diriku dan juga adik-adik..walaupun dia terpaksa berbaju buruk, koyak, sedikit pun dia tidak kisah, sungguh mulia hati bidadariku ini..dia tidak pernah sekali pun mengabaikan tanggungjawab dia buat kami..telah banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk kami..perit kehidupan yang dilalui sebagai seorang ibu tunggal dan OKU untuk membesarkan kami diharunginya tanpa pernah kenal erti putus asa..mengalir air mata aku setiap kali terkenang setiap perngorbanan yang dia telah lakukan.  


Doaku : Ya Allah, kau lindungilah ibuku ini...berikan dia kebahagian, kesihatan dan ketenangan hidup yang selayak diterima oleh dia...



Pernah waktu kanak-kanakku aku diherdik oleh kawan-kawan yang mengatakan aku tidak ada ayah, aku miskin, dan mak aku capit.. aku pulang kerumah dan menangis atas apa yang telah menimpa diriku..tapi mak tenangkan aku dan memberiku semangat dan kekuatan untuk menghadapi semua itu..mak selalu berpesan " nur kakak, kena kuat semangat & tunjuk contoh yang terbaik untuk adik-adik, jangan mudah putus asa dengan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita,dan  hargailah semua itu" dan Alhamdulilah..aku mampu hadapi semua dugaan, tomahan dan cabaran yang menimpa diriku atas apa yang telah mak pesankan..setiap kata-kata semangat dan pujukan dia masih aku ingat lagi..terima kasih mak..tak mungkin akan terbalas setiap apa yang telah mak korbankan dan berikan untuk kami..InsyaAllah, kami akan sentiasa menjaga mak seperti mana mak menjaga kami..dan InsyaAllah satu hari nanti semoga Allah memakbulkan permintaanku ini untuk sama-sama membawa mak dan keluargaku  menunaikan umrah & haji...Semoga Allah mendengar dan memakbulkan permintaan ini..dan mak.. ketauhi lah mak adalah pemberian yang tak ternilai dalam hidupku ini..Terima kasih Allah kerana kau memberikan aku Bidadari yang teristimewa untuk diriku..I'm proud be your daughter. 


Tuesday, May 8, 2012

semua ALLAH yg PUNYA


Semua Allah Punya – Iwan Syahman

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya (2X)
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Monday, May 7, 2012

TIps Menghias Bilik Tidur (Part 1)




Bilik tidur merupakan tempat untuk kita tidur, berehat dan relaks. Bilik tidur sebenarnya mencerminkan sikap dan personaliti diri kita sendiri.  Benarkah kata orang jika serabut bilik tidur kita ia seolah menggambarkan betapa serabutnya hidup kita? Antara elemen penting dalam menghias bilik tidur ialah:
  • Dinding
  • Lampu
  • Katil
  • Karpet/Lantai
Sebelum anda mula untuk menghias bilik, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengemas semua barang-barang anda dan memilih barang yang boleh digunakan sebelum anda membuangnya. Bersihkan juga lantai dan sapu seluruh sawang yang ada di bilik anda. Kali ini saya akan menberi serba sedikit tip dan contoh hiasan bilik untuk dinding.
Untuk menghias bilik, anda perlu tetapkan tema yang anda inginkan di bilik anda untuk memudahkan kita melakukan kerja-kerja di dinding. Anda boleh memilih sama ada ingin mengecat atau menggunakan wallpaper di bilik anda. Tetapi ingat, pilihan warna penting untuk menggambarkan keseluruhan bilik tidur anda. Jika suram warnanya, maka suram juga bilik tidur anda.  Jika anda berminat dengan warna cerah seperti merah, saya nasihatkan anda warnakan satu bahagian sahaja dengan warna merah untuk mengelakkan bilik anda terlalu gelap. Contohnya anda boleh mewarnakan dibahagian belakang katil sahaja dengan warna merah dan warna yang lebih cerah untuk bahagian-bahagian lain.
Contoh bilik tidur berwarna merah:
Ramai yang memilih untuk menggunakan wallpaper kerana wallpaper dapat menutup rekahan di tembok dan cat di dinding. Pemilihan corak dan gaya wallpaper mestilah dikaji supaya wallpaper yang dipilih dan dipasang boleh bertahan dalam jangkamasa yang panjang.  Anda  perlu bijak mencari corak yang sesuai untuk bilik tidur anda.
Contoh bilik tidur yang menggunakan wallpaper:
Untuk hiasan di dinding, ramai dari kita memilih untuk menggantungkan frame. Tetapi jika bilik tidur anda kecil, anda digalakkan menggunakan cermin untuk imej bilik tidur yang lebih besar.
Contoh gambar bilik tidur yang menggunakan cermin:
Selain cermin, anda juga boleh menghias dinding menggunakan ‘wallsticker’. Anda perlu bijak memadankan Wall sticker anda dengan warna cat bilik tidur anda. Selalunya wall sticker flora menjadi pilihan untuk bilik tidur.
Contoh bilik tidur yang menggunakan Wall sticker:
Selain ‘wallsticker’ anda juga boleh menggunakan ‘wallplates’ untuk menghias dinding, ia lebih jimat dan anda boleh melukis mengikut kreativiti anda sendiri! Anda juga boleh menggunakan pinggan yang berlainan saiz dan berlainan lukisan untuk mencipta suasana bilik yang agak ‘funky’
Ingat anda boleh menghias bilik anda mengikut kreativiti anda sendiri!
Part 2(akan datang)




Sunday, May 6, 2012

Melampauu..huhuhu

Dasssatt2..tdi p mkn kat padang kota lama..p pekena sotong kangkong..soalan 1st yg abg tu taya nak yg rm15 kaa, rm12 kaa, rm10..aku pun apa lagi..yg paling kecik brp abg..abg tu jawab xder yg rm10 yg plg kecik..aku apa lagi..apa abg saya org penang jaa..baru dia ckp..ada yg rm6..ada kaa ptut..then mak aku order ais kacang dan lycie kang panas..ampa nak taw dak berapa..RM8..aku pun xkisah laa bayar laa..pas2 bila makan..Ya Rabbi..rasanya layak utk harga 2 jer kot..mmg xpatut..pas2 ais kacang tu xrasa lansung gula @ susu..iiissshhhh..hrmmm..pasrah btoi p mkn kt situ..pas2 order char keow teow, nak udang kaa, yg besar rm15, rm 18 kaa..aku ternganga..biaq betoiii harga char keow teow kat situ sampai cam tu.atau adakah aku dh ketinggalan sampai xtaw harga c.k.teow kt penang nie dah nek sampai lagu mcm tu..aku pn ckp saya xnak special..saya nk besa jaa..xnak udang nak kerang jaa..sebab aku xberapa minat sgt mkn udang niee..brp harga..rm5 dia ckp..aku pun ckp ok laa..bila maii..yg ada cuma kerang, k.teow & taugeh..kuchai pun xbuh..rasa c.k.teow tu xselayak dgn harga tu..melampau btoii laa..kalau iya pun nak nek harga..agak2 laa..pas2 kena laa sedap jgk..xkisah harga mahai pun..tp klu service sempoii..mkn pun sempoii..sepinggan rm30 pun aku akan bayar..xpatut..aku x p dah..klu terigin nk mkn sotong kangkong tu pun sesgt baru aku akan p..cekek darah btoiii..tu aku org penang jgk..tp kan yg dok nmpak org luaq jaa..muka2 org penang xdak sgt aku nmpak..mesti org penang dh xnak mai kt situ..last2..p pekena nasi dalca rahim tepi tajuddin lagi sempoiii..1 set bru jer rm6..gerenti sedap..apa punya turrr laa peniaga di padang kota lama..xbek taw katoq org..klu wat sedap2..harga mahai pun..org akan mai jgk lain kali..hrmmmm..;(





Monday, April 30, 2012

Qalbu..Hati..Pesanan Rasullah


ASSALAMMUALAIKUM SAHABAT SAHABAT MBI SEMOGA DI RAHMATI ALLAH:

Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia,
... nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah
seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).
(Riwayat Bukhari).

Isyarat Hati dalam Firman Allah Ta’ala dan hadis Nabi diatas memadai bagi menunjukkan secara mutlak kedudukan hati dalam seluruh kejadian manusia! Dan tempat jatuhnya pandangan dan penilaian Allah Ta’ala atas hamba2Nya. Dan kesudahan baik buruk manusia apabila dipanggil menghadapNya di Yaumul Mahsyar.!

Kerana….
Didalamnya Rahsia Ilahiyyah - Ruh yang dijadikan oleh Allah Ta’ala dari Nur Muhammad.

Kerana…..
Didalam rongga hati itu diletakkan nur Iman!

Kerana….
Didalam rongga ini juga pertembungan dan pertempuran diantara cahaya dan kegelapan ; cahaya yang diterbitkan oleh Iman sementara kegelapan yang diwujudkan oleh Nafsu dan tentera2 syaitan.

Kerana…..
Hati menjadi pusat terbitnya segala niat, perbuatan, perkataan, tingkah laku, dan emosi.

Maka tepatlah kata Rasul itu; apabila hati itu baik, iaitu hati yang suci bersih dan telah menurut petunjuk Iman dan penuh taqwanya lepada Allah maka selamatlah dia didunia dan akhirat.

Sebab itu…..
Hati itu mesti ditawan dahulu….
Hati mesti dikuasai dengan zikrullah
Hati mesti dihidupkan dengan ingatan terus menerus kepada Allah Ta’ala

Sesipa yang menguasai istana hati ini, iaitu menjadikan ia bercahaya dengan zikrullah dan terus menerus dalam keadaan demikian, nescaya Allah Ta’ala akan datangkan pertolonganNya dengan menurunkan cahaya Asma’ dan SifatNya kedalam hati insan ini. Sehingga bertempiaran lari segala syaitan dan Iblis, dan matilah segala nafsu syahwat yang jahat, bertukar menjadi nafsu yang baik2 sahaja. Dan bersinar pula seluruh hati, aqal dan ruhnya sehingga terbuka ‘alam alwiyyah memandang kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Tidak ada kekuatan, tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi dari kekuasaan Allah Ta’ala. Maka orang yang hatinya telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Ta’ala tiada suatu pun dapat memasukinya. Tidak ada gangguan insan, atau gangguan ruh jahat dapat menghampirinya apalagi memasukinya.

Sunday, April 22, 2012

Sedikit Tentang Ustaz Don

FotoBeliau baru berusia 28 tahun. Beliau juga terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.Di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekarangan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert.

Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkembangan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu.

“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,  Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Ustaz Don enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.


“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.
“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu pengkaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal..


Zaman kanak-kanak

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah.


TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.

p/s: Semoga Ustaz Don sentiasa diberi kekuatan dari Allah dalam menyebarkan dakwah beliau ..Begitu tertarik dengan perwatakan dan sifat mulia yg ada padanya..SubhanaAllah