My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Monday, April 30, 2012

Qalbu..Hati..Pesanan Rasullah


ASSALAMMUALAIKUM SAHABAT SAHABAT MBI SEMOGA DI RAHMATI ALLAH:

Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia,
... nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah
seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).
(Riwayat Bukhari).

Isyarat Hati dalam Firman Allah Ta’ala dan hadis Nabi diatas memadai bagi menunjukkan secara mutlak kedudukan hati dalam seluruh kejadian manusia! Dan tempat jatuhnya pandangan dan penilaian Allah Ta’ala atas hamba2Nya. Dan kesudahan baik buruk manusia apabila dipanggil menghadapNya di Yaumul Mahsyar.!

Kerana….
Didalamnya Rahsia Ilahiyyah - Ruh yang dijadikan oleh Allah Ta’ala dari Nur Muhammad.

Kerana…..
Didalam rongga hati itu diletakkan nur Iman!

Kerana….
Didalam rongga ini juga pertembungan dan pertempuran diantara cahaya dan kegelapan ; cahaya yang diterbitkan oleh Iman sementara kegelapan yang diwujudkan oleh Nafsu dan tentera2 syaitan.

Kerana…..
Hati menjadi pusat terbitnya segala niat, perbuatan, perkataan, tingkah laku, dan emosi.

Maka tepatlah kata Rasul itu; apabila hati itu baik, iaitu hati yang suci bersih dan telah menurut petunjuk Iman dan penuh taqwanya lepada Allah maka selamatlah dia didunia dan akhirat.

Sebab itu…..
Hati itu mesti ditawan dahulu….
Hati mesti dikuasai dengan zikrullah
Hati mesti dihidupkan dengan ingatan terus menerus kepada Allah Ta’ala

Sesipa yang menguasai istana hati ini, iaitu menjadikan ia bercahaya dengan zikrullah dan terus menerus dalam keadaan demikian, nescaya Allah Ta’ala akan datangkan pertolonganNya dengan menurunkan cahaya Asma’ dan SifatNya kedalam hati insan ini. Sehingga bertempiaran lari segala syaitan dan Iblis, dan matilah segala nafsu syahwat yang jahat, bertukar menjadi nafsu yang baik2 sahaja. Dan bersinar pula seluruh hati, aqal dan ruhnya sehingga terbuka ‘alam alwiyyah memandang kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Tidak ada kekuatan, tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi dari kekuasaan Allah Ta’ala. Maka orang yang hatinya telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Ta’ala tiada suatu pun dapat memasukinya. Tidak ada gangguan insan, atau gangguan ruh jahat dapat menghampirinya apalagi memasukinya.

No comments: