My LiFe

My LiFe
Kejayaan seseorang itu bukanlah dari kelebihan yang dia ada..tetapi kejayaan seseorang itu diperolehi dari kesungguhan & kemahuanya untuk berjaya

Monday, April 9, 2012

Telaga Kausar..

Tertarik dgn lirik dari kumpulan nasyid Raihan "sesungguhnya" yg ada sebut tentang telaga kausar..apa tu telaga kausar..jom cite pasal telaga kausar.. indah cerita ini..kalu dengar terus dari telinga.. tapi kalu melalui pembacaan ni ..ada yang tidak lengkap...insyAllah..aku cuba yang terbaik untuk kawan2 aku semua faham ttg cerita ini....



Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

A002
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

A003
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


sungguh indah surah al-qausar ini...ada sesetengah mengatakan ini adalah surah khas untuk Rasulullah s.a.w..dan ada yang mengatakan surah ini mengenai telaga kausar? emm...waallahhualam... tetapi surah ini sungguh indah..bait2nya hanya di tujukan oleh Rasulullah s.a.w..dan... aku tertaraik pada ayat yang terakhir..

"Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). "

adakah ini bersamaan dengan maksud syafaat???"
wallahhualam... hanya Allah dan RasulNya mengetahui lebih tepat maksud disebalik ayat ini...

enteri aku kali ini adalah mengenai telaga kausar yakni syafaat kedua daripada Rasulullah s.a.w selepas syafaat pertama iaitu dipercepatkan hitungan amalan.

ok..aku nak cerita sedikit apa yang berlaku di padan masyhar...mengenai suasana ketika dihisab.. pekara pertama yang dihisab solat (tak sempurna solat , tiada kompromi).. hukum pertama yang akan di hisab ialah mengenai pertumpahan darah .

dalam orang duk kalut di hisab ada 7 golongan yang terselamat dalam panas terik mentari mendapat lindungan dari arays Allah iaitu..

1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


(adakah kita dalam golongan ini)

dan yang lain yang masih menuggu untuk dihisab sibuk mencari syafaat daripada nabi2..daripada adam hinggalah ke pada junjungan besar iaitu Rasulullah s.a.w nabi di awal dan akhir kekasih Allah.


syafaat pertama sudah diberi kepada semua umatnya...dan syafat kedua adalah telaga kausar...


(sekadar gambar ilusterasi sahaja)

ciri2 telaga kausar..
1)berbentuk segi empat tepat..
ada sesetegah pendapat mengatakan bahawa setiap penjuru di jga oleh 4 khulafa arrasyidin iaitu abu bakar assiddiq r.a, umar alkhatab r.a, uthman bin affan r.a dan ali bin abu talib r.a.
2)airnya nya mengalir diatas permata dan yakut. airnya putih lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu serta lebih sejuk daripada embun. jika seseorang itu minum pasti tidak akan haus selam-lamanya.
3)telaga kausar ini airnya berasala daripada syurga. aliran asalnya daripada syurga.

satu hadis..

ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.aw mengantuk dan terlelap seketika. selepas itu dia bagun dan tersenyum.
seorang sahabat bertanya.
"ya Rasulullah s.a.w mengapa engkau tersenyum"
"turun kepadaku satu surah iaitu surah al kausar"
"adakah kalian tahu apa itu kausar"
"hanya Allah dan Rasulullah s.a.w sahaja mengetahui"
"kausar adalah sebuah telaga, barang sesiapa yang meneguk sekali dari air telaga kausar maka tidak akan dahaga selama-lamanya"

adakah korang semua tidak mahu menjadi tetamu nabi di telaga kausar? hahahhaha...ada manusia yang tidak akan menjadi tetamu nabi di telaga kausar..nak tahu siapa???

sebelum itu...aku nak kasi tahu kat korang satu lagi hadis...

umat aku akan rosak dengan dua perkara iaitu kemewahan dan kejahilan

kenapa dengan kemewahan dan kejahilan..sebab dua perkara inilah ada segolongan diantara kita tidak akan menjadi tetamu Rasulullah s.a.w di padang mashyar....ingat!!!

ketika manusia sedang sibuk berebut2 mengambil air di telaga kausar walaupun bekas2 di situ mmg cukup untuk semua ada pendapat mengatakan bekas2 di telaga kausar umpama bintang2 bertaburan tetapi disebabkan kerakusan mesti ada yang berebut dan tiba2 sedang ada yang beratur mengambil air di telaga kausar datang malaikat dan menarik umat Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w bertanya kepada malaikai itu..
"wahai malaikat mengapa engkau menghalang umatku daripada menerima nikmat ini?"
"sesungguhnya manusia ini telah menyeleweng ajaran mu selepas kewafatanmu."

macam mana diorang boleh seleweng? disebabkan oleh kemewahan dan kejahilanlah..dengan kemewahan manusia boleh membuat fatwa untuk menghalalkan yang haram...dan tgok...dah seleweng daripada ajaran Rasulullah s.a.w... sebb bodoh pun manusia boleh seleweng ajaran Rasulullah s.a.w.... beringatlah wahai manusia.....

jom jadi tetamu Rasulullah s.a.w dengan mengamal segala ajaran dan sunahnya..mengamalkan alquran dan sunahnya...insyAllah peroleh kejayaan....
tak rugi pun.. malah mendapat kejayaan...

doa iftitah:

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.
Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana
minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin.
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan

demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).



ayat di atas di tuju khas oleh Rasulullah s.aw...

maksud ayat ini adalah Muhammad adalah muslim yang pertama sebelum nabi adam lagi... 
wallahualm...


P/s: jika ada sebarang kesalahan ..sama ada hadis atau fakta didalam coretan ini..mohon tegur!! jom sama2 lakukan perubahan sedikit demi sedikit..insyaallah..semua manusia xkan lari dari melakukan dosa & kesalahan =)                                                                          


 "Sesungguhnya"  by Raihan  




Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

No comments: